Selasa, 22 November 2016

Syekh Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah:


Syekh Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah:

Memiliki Kedudukan Tinggi di Bidang Ilmu Logika

Sejak muda, Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah sudah mampu menguasai berbagai ilmu pengetahuan yang berasal dari Yunani. Ia merupakan tokoh  ahli logika. Juga menguasai ilmu agama Islam. Dalam perkembangannya menjadi seorang ulama, yang mewarnai perkembangan filsafat Islam.. Siapa dia sesungguhnya?
Syekh  Abu Ali Al Hussain Ibn Abdallah  dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masehi di Iran. Sejak kecil hingga dewasa memang suka mengaji berbagai ilmu pengetahuan di Bukharah, Iran seperti bidang bahasa dan sastra. Juga mempelajari  ilmu-ilmu lain, yaitu  geometri, logika, matematika, dan sains. Meski demikian, tidak melupakan untuk belajar ilmu agama Islam. 
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba bisa. Ia tidak sekadar menguasainya.Tapi juga berjaya mencapai tahap puncak (zenith), yaitu kecemerlangan tertinggi dalam bidang ilmu yang dipelajari.
Di samping itu, tokoh ini menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logika, sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Abu Ali Al Hussein Ibnu Abdallah telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastra kreatif.
Ia  juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal.
Pernah menulis sebuah buku berjudul “An-Najah” yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi, yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangannya banyak dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani, khususnya Hippocrates.
Ia berpendapat, bahwa matematika boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan yang sama pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menguraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangannya dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikkan. Bahkan, ia boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Kini  pemikiran-pemikirannya yang tertuang dalam kitabnya, banyak dipelajari oleh ilmuwan di berbagai negara di dunia. HUSNU MUFID
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud. Sebab, Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud karena kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulisnya dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan. Pemikirannya ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percobaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikirannya.
Antara sanggahan  yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafikkannya mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di surga maupun neraka.
Berdasarkan pandangan itu, Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahamnya sebagai sesat dan lebih merusakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Sebenarnya, ia  tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku “An-Najah”,  menyatakan bahwa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurutnya, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

0 komentar:

Posting Komentar

silahkan komentar melalui emai
sialahkan saja melakukan demonstrasi, akan tetapi gunakanlah dengan cara-cara damai dan jangan sampai memacetkan jalan raya yang merugikan masyarakat